Wednesday, January 13, 2016

skytrex & aeroplane

(21/12/2015),Aku ikut Jan pergi Shah Alam demi plan nak berjimba bersama. Pada mulanya, memang aku plan tak nak ikut sebab dah habis sekolah ni, wallet pon dah koyak 'no money,no fun baby'. Thanks god mak aku baik nak support "kembang hidung" so aku berpeluanglah nak join. Walaupun aku happy dapat ikut, secretly hati kecil aku berbisik "Fuh, takutnya nak main skytrex esok!". Jan excited tahap royan sebab aku dapat ikut tapi hati aku masih berdolak-dalih nak pergi. Finally, aku ambil keputusan untuk beranikan diri.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun, semangat sungguh. Jan dah bagitahu aku siap-siap malam tu, akan ada 3 orang yang aku tak kenal. Mula-mula rasa nervous pulak sebab pergi dengan someone new tapi lepas beberapa minit "dah lupa diri". Nasiblah Sir Stanley,Mira & adiknya friendly jugak, kalau tak menangis lah aku haha. Aku tunggu je kat depan rumah. Tak lama lepas tu miss royan sampai. Masuk je kereta aku terus bajet friendly, kedip-kedip mata dengan senyuman kambing gurun.

Kitorang decide nak pergi breakfast dulu sebelum perut meraung kelaparan. Jan cadangkan satu kedai yang popular dengan nasi kerabunya yang sedap kat Tg malim. Aku makan donut je (diet sangat). Dah selesai makan, kitorang pon mulakan perjalanan. Dalam perjalanan tu, segala carutan Jan dah keluar, aku pun dah berperangai agak bitchy haha. Suddenly, suara Jan dah hilang..rupa-rupanya syok buat tahi mata. Memang enjoy sebab masing-masing friendly dan takde rasa janggal pon.


Sebaikje sampai, jantung aku dah rasa nak meletop. Tipulah kalau tak excited tapi gemuruh tu wajib haha. Kitorang pun pergi beli ticket bas , 'snap-snap!, tangkap gambar ala-ala diva kampong'. Lepas tu kenalah tunggu beberapa minit untuk bas tiba. Sambil-sambil tu buka whatsapp tengok Najwa dah dekat airport. Hati menangis je, mood pun jadi tak tentu hala. Aku selfie ngan Jan then post kat group.

Bas sampai tak lama lepas tu. Seronok sebab nampak view pokok-pokok kat situ. Bila dah nampak tempat bermulanya skytrex tu,mula lah aku fikir bende bukan-bukan. Maklumlah tak pernah main haha. Lepas pergi pondok daftar, kitorang simpan barang kat locker. Pergi tandas sekejap then terus pergi tempat abang-abang sado pakaikan 'what we need for the activities'..Tengah tunggu turn nak belajar benda basic untuk skytrex,tiba-tiba nampak Ikhwan! omg!. Lepas rindu iols' yang terpendam "muntah hijau" haha. Sepanjang aktiviti, Ikhwan duduk di celah punggung aku.


Macam-macam ragam manusia aku nampak, Ade yang menjerit, terlebih gayat, yang pucat-pucat muka. Well I am untouchable, flawless (bajet je). Aku cuba control jugak gemuruh tapi ada masa bising jugak mulut aku. Jan adalah orang yang nampak paling semangat. Buat aktiviti pun laju je. Satu benda je yang spoil.. bila kene tunggu beberapa minit nak buat the next rintangan, yang gemuruh tu boleh prepare lah untuk pitam sebab lagi lama kau tenung ketinggian kau berada..lagi trauma kau rasa. Ada satu rintangan yang aku buat salah, sebagai hadiah lengan aku koyak sikit (nangis). However, memang enjoy sangat. Rasa hilang segala masalah bila main skytrex ni. Untuk bawa phone atau apa-apa gadget, kene beli kat kaunter macam beg kecil yang boleh letak air sekali, Apa-apa jadi dekat barang yang dibawa, tanggung jawab sendiri.

Yang paling menakutkan bagi aku bila kena meniti atas satu tali pada kedudukan yang amat tinggi daripada tanah okey! Memang aku tak pandang bawah haha. Penat sangat rasanya. Adik Mira sampai terjatuh cermin mata ke bawah. No matter what, kalau dah surrender sekali pun.. still kena habiskan aktiviti walaupun kau melangkah selembab siput babi. woah! the bitter part uh? Jangan risau, sebab ada abang ikan yang akan selamatkan kau jika kau jatuh. Kau jerit je minta tolong 'Ah! tolong!' nanti superman datang. waktu tu kau boleh bayangkan diri kau dengan romeo terapung di atas awan bertemankan tahi burung. kehangatan cinta akan terasa uols' (ok aku dah merepek)

Sir Stanley rilex je duduk kat depan sekali antara kitorang. Dialah yang first sekali tamat rintangan. Kali pertama main,terus ambil pakej extreme. Memang trauma dibuatnya haha. Ticket dibeli melalui online untuk pakej extreme.


Tengah seronok dan keletihan berskytrex, otak aku terbang jugak bersama Najwa ke jordan. Sebab rasa terkilan tak dapat jumpa 2/3 hari sebelum dia pergi tu ada. Apa-apa pun aku think positif time tu. How I wish Najwa was there. Ekin tak dapat join disebabkan bekerja di Melaka. Aku dengan Jan jelah yang berjimba bersama.

Sampai je dekat penamat, Terus berselfie walaupun berpeluh, selekeh, muka penat.. rasa nak pengsan. Aku, Jan & Sir stanley tunggu Mira dan adiknya untuk tamatkan rintangan so boleh terus balik. Bila semua dah ada, terus pergi kaunter pulangkan kunci locker. Naik bas ingatkan nak terus turun area dekat dengan kereta namun di sebabkan ada sawah padi kitorangpun turun. Aku dengan Jan yang batak sekali sebab tak pernah turun bendang haha. Snap-snap gambar lepastu terus ke kereta.


Dah masuk kereta jangan tanyalah aksi apa yang terjadi. Jan dah tersadai dah tido kat belakang lepas berhenti kat RNR. Sepanjang jalan aku dengan Mira bersembang dengan Sir Stanley, takut pulaklah aku karang ada yang terbabas ke tepi jalan. Sebab serius penat gila. Aku adalah orang pertama yang dihantar pulang sebab aku je yang duduk kat kawasan perumahan lain. Sampai rumah memang tergolek terus .. Tido sampai ke 11 malam haha. Walau apapun, memang sangat seronok dan berbaloi main skytrex ni.; Harga pun bawah RM 100.

Hopefully boleh ulang aktiviti yang sama dengan Ekin dan Najwa if possible!

No comments:

Post a Comment