Thursday, December 31, 2015

a day to remember

Post ni bermakna bagi aku. kenapa? sebab ini sajalah cerita yang ada sebelum semua dah busy dengan hidup masing-masing. Lepas Spm, aku ambil keputusan nak balik tg malim awal. No matter where i go, still tg malim make me feel home. Lepas surprisekan Ekin, Jan & Ena waktu hari last Spm dorang (8/12/2015), aku tumpang rumah makcik kat Behrang Ulu. Memandangkan aku habis Spm lebih awal, berehat jelah kat rumah makcik. Aku balik sebab aku tahu, lepas bulan 12 mesti dah susah nak jumpa. Najwa pun nak balik before fly to Jordan so the time was just right.

On (13/12/2015) we decided to meet. Hati rasa nak meletop uols'. Rindu sangat rasanya dengan Najwa. Abg sedara aku hantar aku dekat area rumah Jan. Entahlah, dah berapa banyak kali aku duk melepek kat rumah jan tu, still tak ingat mana satu rumah dia. Seingat aku, waktu aku call Jan.. dia tengah berak haha. So aku jetjet macam lost boy kat taman yang sebenarnya berapa langkah semut je dari rumah dia. kebodohan yang melampau haha. Tak lama lepas tu, Jan datang jemput aku dengan muka geram sebab aku pelupa sangat.

Lepas masuk rumah Jan, aku duduk tunggu dia siap dulu. Time tu datangnya segelas air oren. kemudian datang pula ayah Jan. POKpek-pokpek kejap dengan ayah dia,angkat-angkat kening, goyang-goyang pinggul (ok ni aku tipu). Jan turun tangga, aku pun dah selesai menelan air oren sekali dengan gelas. Kakak sulung Jan memang kurlass' nak tumpangkan aku sekali naik kereta. Aku on je, ready angkat punggung.

Kitorang turun dekat Yat Fong, lepas tu gagah berjalan kaki. Jan bawak aku ikut jalan belakang (jalan kampung) yang aku tak pernah tahu pun wujud. bergosip sambil jalan. Segala cerita keluar, isu kurap dicelah punggung pun turut dibahaskan (aku tipu je). Sampai je kat Wangsa Jaya, terus duduk kat restoran Dedaun tunggu Ena dengan Najwa. Dapat je kerusi nak duduk, jan dah pegang phone "snap-snap" posing muka model 5stars sikit. Ena sampai naik motor, Najwa jalan kaki memandangkan rumahnya baris belakang kedai je. That moment when girls hug each other but you are the one who is a guy there.. dorang dah lepas rindu, yang aku ni  senyum sampai nampak gusi je la haha. Semua muka tersentuh je. Ekin aje yang tak ada sebab balik kampung (nangis).


Bergosip kejap lepas tu terus pergi Kantadoraa (karaoke). Terpekik-pekik menyanyi, semangat sungguh. 2 jam berkaraoke. Babak lupa lirik, goyang pinggul, lari pitching, sumbang, hilang suara dan tercekik mic (ni aku tipu) berlaku dengan hebat sekali. Ena dengan Jan jangan tanyalah bawak lagu macam mana. Lagu ala-ala nyanyi tak cukup oksigen punya level uols'. Ziana Zain punya lagu petik jari je.

Aku larik pergi toilet. Surprisingly, suara minah-minah tu jelas dengar sampai ke dalam toilet. Bilik karok yang lain tak sekuat suara dorang. Trauma kejap aku kat dalam tandas tu haha. Jan siap record lagi. Najwa paling cool, kejap-kejap je nyanyi. Tapi ada certain lagu tu memang kena amnesia terus, nada lagu yang dipilih pun boleh lupa haha. Time syok nyanyi teringat Ekin dengan wajah kesian sebab tak dapat join.


Tamat je masa untuk karok, kitorang pun keluar berjalan kat depan baris kedai area tu. Tiba-tiba nampak kedai runcit, aku pun pergi beli Apollo jap (kanak-kanak sangat). Tengah beli-beli, phone Najwa bordering. Muka cuak je sebab memang sepatutnya dah balik rumah waktu tu haha. Abang Najwa call suruh balik, aku tak ingat sebab apa.. maybe sebab nak keluar beli barang. Memang sedih sangat rasa, sebab sekejap je dapat jumpa. Tertanya-tanya bila lagi agaknya dapat jumpa. Berat sangat rasa nak cakap 'bye'. Tapi fikir positif je la waktu tu.. maybe ada hari dapat jumpa lagi sebelum dia fly abroad. Kitorang pun Selfie lah dulu kat tengah-tengah jalan tu. Memang dah tak hirau orang sekeliling dah haha. So we said bye bye to Najwa while waving our hand.

Lepas Najwa, Ena pula balik. Sebelum Ena balik, sempat aku berposing maut kat jalan tu. Tak lama lepas tu, Jannah pulak balik. So tinggallah aku sorang. Dia pelawa aku naik sekali namun kerana aku gediks menolak jadi aku pun pergi duduk balik dekat restoran Dedaun. Time tu rasa malu sebab pelanggan kat situ nampak cara aku posing time tangkap gambar yang boleh dikatakan 'jijik' haha. Sambil tunggu abang sedara datang ambil, aku order air kosong satu. I enjoyed the day because 'gila la tak enjoy, da lama kot tak jumpa kawan baik'

As the conclusion, persahabatan tak akan terputus selagi masing-masing tak lupa diri dan tahu akan nilai persahabatan. Tak kiralah jauh mana sekalipun jarak antara satu sama lain, semuanya tak mustahil bila ada kemahuan untuk kekalkan hubungan.

Aku rindu time ni, how I wish I can turn back time.

No comments:

Post a Comment