Selepas mengenakan produk ini, muka akan menjadi lebih bersih, pori-pori akan kelihatan kecil, kulit akan lebih putih, kulit berada dalam kondisi yang baik dan kurang berminyak.
ingredient: Albumen, Hydrolyzed Elastin, Collagen.
Sebaik-baiknya digunakan 1-3 kali dalam seminggu. Sewaktu mengaplikasikan mask ini pada permukaan wajah, biarkan selama 20 minit kemudian tanggalkan.
Pengalaman menggunakan produk ini: Baiklah adik-adik, hakak sudah pernah mencuba produk ini selama 3 bulan ketika masih di bangku sekolah (sekolah menengah). Mula-mula tahu pasal produk ini daripada kawan yang menjual di instagram. Jadi saya decide untuk mencuba memandangkan waktu tu, muka teruk sangat dengan jerawat. Jerawat saya jenis yang bernanah kuning, bila picit akan tinggal kesan tompok hitam pada kulit wajah. Memang stress bila terpaksa biarkan saja jerawat dekat muka sebab jelas jijik bila di pandang, tapi sebab taknak berparut terpaksalah biarkan. Ada masa memang dah menyampah jadi picit je hehe.
Jadi harga produk ini dalam RM 15 ringgit (sebelum saya dapat promosi harga kawan hehe). Untuk sejenis mask, boleh dikatakan berbaloi untuk beli Mistine ni. Sebab apa? Sebab kuantitinya banyak cukup untuk sebulan/ lebih. Harganya tidak begitu potong leher. Tepek-tepek je dekat muka bagi sekata dan biarkan selama 20 minit. Jangan jadi macam saya, sampai bawa ke tidur. Esok bangun muka jadi tak selesa sebab dah lama sangat mask kat muka. Sila elakkan ia terjadi. Mengikut pemerhatian saya sepanjang menggunakan produk ini, jerawat memang mengecut/ mengering selepas mask ditanggalkan.
Selain daripada itu, kulit nampak lebih cerah. Saya pakai 3 kali seminggu dan saya akan pakai cream vit e kerana kulit saya sensitif dan kering. Jadi untuk mengelakkan kulit semakin kering, saya apply vit e cream every night. Kalau boleh jangan guna lebih daripada 3 kali dalam satu minggu ya. Sesetengah orang kulit tidak begitu sensitif jadi tidak perlu pakai apa-apa cream muka. Saya guna vit e kerana kebaikannya yang lain juga memandangkan muka memang berjerawat dan berparut.
Perubahan yang seterusnya ialah kulit kelihatan lebih licin. Walaupun jerawat tu masih tumbuh secara berjemaah namun kulit nampak sedikit licin. Bila kena cahaya lampu tu nampak macam kulit tu berkilat (pelik bunyinya). walau apa pun kesannya positiflah.
Menyentuh tentang pori muka semakin kecil pula. Semasa saya menggunakan Eggmask ini, saya tidak nampak apa-apa perubahan terhadap pengecilan pori-pori pada kulit muka. Tidak tahu mengapa tapi pori saya tetap terbuka lagi-lagi pada kawasan hidung (paling stress nak kecilkan). Merah-merah pada muka tetap sama (kulit saya nipis kerana penggunaan produk yang salah sebelum ini/ tidak sesuai dengan kondisi kulit yang berminyak dan mudah kering).
secara keseluruhan, kesan yang paling saya dapat lihat dan rasai ialah pengecutan jerawat selepas menggunakan mask ini. Sebelum saya mengenakan mask in pada muka, kebiasannya saya akan mengewap muka dengan air panas terlebih dahulu. Tidak menjadi suatu kemestian untuk dilakukan ya. Bau mask ini boleh dikelaskan kepada 'menyenangkan' dan tidak berbau seperti telur ya. Senang cerita, mask ini benefit dia sama sahaja dengan putih telur (cara tradisional)..
saya bagi rate produk ini sebanyak 7/10 sahaja. Produk ini kebiasaannya di jual di instagram (ig). Ada juga dijual di kedai-kedai kecantikan. Kepada yang baru ingin mencuba,semoga kulit anda akan bertambah baik dengan penggunaan produk ini! Ini sedikit review daripada saya dan memang agak berkesan.
No comments:
Post a Comment